Matilda- Roald Dahl



Sekali sekala tukar selera membaca buku kanak-kanak pula. Saya berkenalan dengan Roald Dahl pada tahun 2007. Pinjam buku Fantastic Mr Fox daripada perpustakaan mini tempat kerja yang lama. Kemudian saya dapatkan koleksi himpunan cerita-cerita pendek Roald Dahl di Popular. Dan kali ini saya berkesempatan membaca Matilda pemberian rakan goodreas. :)

Matilda Wormwood anak kecil berusia 5 tahun. Sudah pandai membaca ketika berusia 3 tahun.Mr Wormwood seorang pengusaha kereta terpakai. Manakala Mrs Wormwood seorang surirumah tetapi selalu keluar bermain bingo.Mr Wormwood mengangap kesukaan Matilda membaca buku adalah suatu hal yang menjengkelkan dan selalu marah-marah pada Matilda. Lalu dia mencari akal untuk mengajar ayahnya. Apakah akal anak kecil ini ?

Matilda suka mengisi masa luangnya dengan mengunjungi perpustakaan berdekatan rumahnya. Di sana dia berkenalan dengan buku novel karya Jane Austen , Charles Dicken , Charlotte Bronte dan lain-lain penulis. Mrs Pelps pustakawan di situ sangat takjub dengan kebolehan Matilda membaca novel berat . Dia membantu memilih tajuk-tajuk novel yang menarik untuk bacaan anak kecil itu.

Di sekolah lain pula ceritanya. Matilda menjadi murid yang disukai cikgu dan teman-temanya. Tetapi guru besar Miss Trunchbull sekapal dengan Mr Wormwood. Miss Truchbull pembuli besar sekolah ini. Dia benci dengan anak-anak kecil. Apa jenis penderaan yang dia tak buat. Semuanya dia berani buat. Kalau Miss Truncbull ini ada di Malaysia dah tentu-tentu jadi muka depan paper. Kena serang dengan mak bapak. Kena saman dan sebagainya. Balik semula kepada cerita Matilda. Seseorang perlu mengajar Miss Truchbull. Apa pula akal Matilda kali ini ?

Buku Matilda ini sudah difilemkan pun. Jalan cerita dalam filem juga ada yang ditambah dan dikurang mengikut wikipedia. Saya pun belum menontonnya tak boleh nak komen mana sedap buku atau filem.

Roald Dahl mendapat ilham menghasilkan Matilda daripada ketaksubannya dengan kebolehan Wolfgang Amadeus Mozart yang mencipta lagu sejak berusia lima tahun. Kebanyakkan orang dewasa sering mengambil mudah dengan kebolehan kanak-kanak. Dengan memberi rangsangan yang sesuai pasti kita dapat membantu anak-anak membaca seawal usia 2 tahun. Zaman sekarang ni macam - macam jenis metode nak mengajar anak mahir membaca ada di luar sana. Kita juga bisa punya seorang Matilda di rumah.

4 comments:

Aidura Sofiee berkata...

salam ziarah.

kakchik berkata...

kakchik amat suka membaca buku 'matilda' ni. sudah 3 kali diulang baca tapi masih memuaskan hati. selalu juga kakchik ceritakan pada anak-anak saudara dan kanak-kanak yang datang ke program 'read aloud' tentang sikap matilda yang sukakan ilmu.

wnorhaslina berkata...

Salam

aidura

Ya lah Kak chik semangat suka membaca matilda harus dicontohi anak-anak kecil sekarang. Dan kita ni lah yg kena bercerita buku matilda kpd mereka :D

سيده نفيسه berkata...

sedap buku ni..baca di matrix..2 x baca:))