menunggu

Saya dapat sms daripada Kak Liza. Katanya barang sudah sampai. Saya order barangnya daripada tahun lepas. Hahaha. Alhamdulillah tahun ini dapat lagi membeli daripada Kak Liza. Yang tak bestnya tak merasa nak memilih . Apa yang Kak Liza poskan itulah rezeki saya.

Saya menunggu dan menunggu.
Setelah 5 hari ,kiriman daripada Kak Liza yang ditunggu-tunggu sudah sampai. Saya buka kotak berbalut kertas coklat tersebut. Ada lima Abaya klasik warna hitam. Hitam kosong , tiada corak mahupun sulam yang berwarna warni. Abaya saya lebih kurang seperti gambar di bawah.


gambar ini saya ambil daripada www.islamicboutique.com


gambar diambil daripada www.islamicmodestwear.com

Tahun lepas saya beli dua abaya hitam yang ada sulam daripada Kak Liza, kerana dia biasa jual abaya-abaya yang ada sulam. Lalu saya pesan mintak abaya klasik hitam kosong. Agak susah untuk dapatkan abaya yang berkenan dihati di sini. Kak Liza lah jadi pot membeli abaya daripada Arab. Hanya setahun sekali sahaja. Sebab adiknya menetap di sana dan pulang ke sini setahun sekali juga. Apa-apa pun menunggu saya berbaloi. Tiga abaya klasik hitam milik saya dan dua lagi buat kakak. Tak sabaq nak pakai ni. Selamat baju raya resmi sebelum raya. Hahaha.

2 comments:

kakchik berkata...

assalamualaikum ina,
setahun sekali beli abaya tapi sekali dapat 5 helai, banyak juga tu.
abaya hitam memang selesa dipakai. kalau kakchik suka pakai dengan tudung warna-warna pastel tapi warna hitam lagi suka.

wnorhaslina berkata...

waalaikumsalam kak chik

Ina ada cuba pakai tudung kaler lain tapi rasa tak selesa. Mesti nak yang hitam jugak :D