lagi novel Stephenie Meyer ...

Sudah mula dengan satu mesti nak tahu no 2 , 3 dan 4 nya.
Macam menonton drama bersiri di tv kalau sudah tengok satu episod. Mahu tengok lagi episod yang akan datang dan datang. Saya berjaya sudahi dua lagi novel new moon dan eclipse minngu ini.



New moon ? Ada kejadian yang berlaku menyebab kan Edward mengambil keputusan untuk berpisah dengan Bella. Alahai babak putus cinta nih. Saat-saat yang menyakitkan jiwa Bella. Yang bagusnya meskipun hati Bella kecewa dan semangatnya hilang hidup harus diteruskan. Tugasnya sebagai anak dilaksanakan dengan baik. Kalau dalam Twilight watak Jacob tak banyak muncul. Dalam New Moon Jacob lah matahari Bella. Pembaca akan berkenalan dengan lebih dekat keluarga harimau eh tersilap serigala. Ya serigala jadian. Bella mencuba aktiviti lasak ditemani Jacob. Yup kerana bila dia dalam situasi merbahaya dia dapat mendengar suara lelaki yang dicintainya. Adakah suara itu memang suara Edward atau mainan fikirannya ? Terubatkah hati Bella dengan kehadiran Jacob dalam hidupnya ? Kemana pulak mamat Edward menghilangkan diri?



Filemnya akan ditayang di Malaysia pada 26 November 2009. Tengok jangan tak tengok. Siap sedia lah dengan tisu yang banyak kalau rasa kita tugh orang yang sentimental.. Haha.




Eclipse ? Bella harus berdepan dengan musuhnya. Siapa lah pulak ? Victoria atau Voulturi ? Jacob tak putus asa cuba memenangi cinta Bella. Edward pulak cuba menebus kesalahnya meninggalkan Bella sebelum ini. Ada babak aksi dihujung novel ini. Sesuatu yang tak patut berlaku tetapi berlaku. Keluarga Cullens bergabung tenaga dengan keluarga serigala jadian berperang dengan musuh yang mengancam nyawa Bella. Ada dua hero dan Bella harus memilih siapa yang dia cinta mati. Siapa ? Eclipse dalam proses pengambarannya di sana. Akan masuk panggung hujung tahun 2010.




Breaking Dawn pulak masih dalam proses bacaan saya. Sudah tahu apa kesudahan ceritanya tapi tak puas hati kalau tak baca sendiri. Inilah kalau baca novel bersiri jadi nak baca dan nak baca lagi. Saya belum cuba novel -novel bersiri yang lain. Anda tahu novel bersiri apa yang bagus dan best? Bolehla rekomenkan kepada saya.

:D

0 comments: