anak

Saya tak tahu dimana nak mula cerita. Pada awal ? pertengahan? atau pada hujungnya. Kalau mula saya perasan itu simptomnya. Tapi saya zip mulut dan pejam mata. Kalau pertengahan , sekaranglah tengah menghadapinya. Rasa lemah dan kerdil sangat. Kalau hujungnya , belum tahu kerana ceritanya sekarang.

Apa lah yang saya tulis ni? Oh ini bukan cerita novel yang saya sudah baca. Ini cerita benar-benar berlaku. Kalau tahun lepas saya menonton cerita benar ini di bawah rumah saya. Seorang mak sanggup biar anak bersekedudukan di dalam rumahnya kerana mahu anak terus tinggal bersamanya.
Saya rasa kesal dan rasa lemah tak upaya nak berbuat apa melainkan hubungi JAIS dan berdoa dalam hati. Khabarnya anak makcik berkenaan sudah berkahwin dengan lelaki yang sama. Alhamdulillah lah sudah selamat bernikah.

Cerita anak kali ni bukan lah cerita anak yang bersekedudukan. Ini cerita anak remaja yang keterlaluan. Anak remaja usia 14 tahun tapi galak bercinta. Alah apa nak kisah zaman moden bin canggih anak kecil usia 5 tahun juga tahu suka-suka pada seseorang. Wajib ambil kisah. Mulanya berkawan , bercinta , berdatting seterusnya hanya Allah yang tahu. Kerana cinta dia berani melawan cakap keluarganya. Kerana cinta dia berani jumpa teman lelaki sedari pagi dan kembali lewat malam. Kerana cinta dia sanggup kebalkan badan dipukul oleh ayah dan abang janji dia jumpa teman lelakinya. Kerana cinta dia sanggup menipu dan sebagainya. Banyak sungguh kerana cinta. Saya jadi sebal.

Mahu apakan dia ? Harus bagaimana untuk mengajar dia ? Mahu dileter. Sudah. Mahu di pukul. Sudah. Mahu di buat minum air doa. Pun sudah. Berdoalah orang di sekelilingnya. Mohon agar Allah bisa buka pintu hatinya untuk mendengar. Kerana daripada cerita ibunya , ibu sudah berserah pada Allah. Takut saya mendengarnya.

Saya lihat di mana akarnya. Ada satu yang penting dan hilang daripada pokok yang bernama anak di atas. Dia tidak sembahyang. Dia tidak dipaksa atau dipukul kerana meninggalkan sembahyang ketika kecil. Dia tidak takut pada siapa-siapa.

Jadi ibu-ibu , mak-mak , Mak-mak saudara , Kakak-kakak , adik-adik , abang-abang atau siapa sahaja dalam keluarga yang punya anak-anak. Ajarlah anak-anak untuk sembahyang. Pukul mereka kalau perlu. Sesungguhnya sembahyang itu mencegah kemungkaran. Hatinya dekat dan takut kepada Allah. Hanya kepada Allah yang kita patut takutkan. Pada orang tua kita hormatkan.

Saya masih sedih dan mohon Allah beri kekuatan untuk menarik anak ini kembali ke jalan Allah. Sebenarnya saya hamba yang lemah.

3 comments:

kakchik berkata...

Assalamualaikum ina.

Sedihnya membaca coretan ina ni. Sedih sebab perkara ini memang berlaku di merata tempat. Malah di kampung berdekatan ni pun ada kes yang serupa. Anak gadis 14 tahun sanggup lari ikut kekasih 15 tahun kerana dimarahi ibu bapa. Memang betul dari apa yang kakchik perhatikan, dalam keluarga tersebut, tiada penekanan dalam urusan solat bahkan amal ibadat yang lain. Orang tua membebel tapi tiada kesungguhan. Kadang-kadang kakchik rasa kasihan kepada anak-anak awal remaja ni kerana mereka terlalu awal hanyut dalam kehidupan yang lalai. Bukan mudah pula usaha untuk merawatnya.

wnorhaslina berkata...

Wasalam

Kak Chik.Ina pun jadi takut tengok remaja zaman sekarang. Benar usaha merawat bukan mudah. Solat itu tiang agama. Berapa banyak anak-anak yg hancur gara-gara ibu bapa ambil ringan tentang solat. Doakanlah Ina ya Kak Chik.
Agar kuat utk berdawah kepada anak ini.

kakchik berkata...

Kita sama-sama berusaha ina sebab kita juga punya keluarga yang perlu sentiasa dibimbing dan dipantau. Sekarang ni semakin kuat kita beri didikan agama semakin kuat juga godaan dari keasyikan dunia luar.