Untukmu Wanita - Ustaz Zaharuddin



Saya terdengar tentang buku Untukmu wanita di dalam radio IKIM. Sebelumnya teman sejiwa saya ada juga memaklumkan kepada saya tentang buku khas untuk wanita ini. Buku ini adalah kumpulan entri-entri daripada blog ustaz di www.zaharuddin.net. Kalau dalam blog ustaz ada banyak topik yang dikupas . Dengan terhasilnya buku untukmu wanita , tak payahla kita susah mencari-cari di dalam internet kemuskilan tentang wanita. Banyak persoalan-persoalan yang kena sekali dengan masa kini.

Buku Untukmu wanita ini dipecahkan kepada 3 bahagian.

Bahagian pertama - Wanita aurat atau maruah. Penjelasan ustaz Zaharuddin lebih jelas tentang aurat. Betulkah cara tutup aurat kita ni? Pakai tudung tapi baju sendat sampai nampak sosok badan. Pakai tudung tapi pakai t shirt tangan pendek. Pakai tudung tapi jambul terkeluar.KEsalahan dan kesilapan yang kita buat. Samaada dengan pengetahuan atau tidak.

Bahagian kedua - Wanita dan munakahat.

Bahagian ketiga - Wanita dan rumahtangga.

Buku Untukmu Wanita saya pinjam daripada Kak Chik. Saya sangat puas hati dan berazam untuk miliki sendiri buku ini. Kadang kita mahu berdawah tapi tak pandai menyusun ayat. Kalau kebetulan saudara atau teman kita suka membaca , apa salahnya hadiahkan mereka buku untukmu wanita.

0 comments: