Bengang

Aku bosan. Eh saya bosan. Bosan sungguh.

Baru-baru ni saya balik Aloq Setaq. Macam besa naik Feri la. Aktiviti saya sepanjang Satu jam lebih dalam feri ni adalah masuk ke alam lain melalui buku. Kalau feri kena lambung ombak piu piu piu tu saya boleh maintain baca buku. Ke ke ke. Saya sungguh seronok sebab selalunya saya boleh baca laju kalau dok dalam kenderaan.

Nak jadi cerita kali ni saya bukak la the Time travellers wife . Dengan harapan nak tenggelamlah dalam dunia saya. Sekali ada suara pompuan tak malu bersembang bagai nak pecah feri dengan kawan pompuan dan jantannya. Saya sumbat telinga dengan earphone bukak volume kuat jugaklah supaya tenggelam suara budak-budak poyo tugh. Berjaya hampir sejam saya tanggalkan earphone nak rehat jap. Suara - suara tugh masih ada.

"Eleh kat kami hang kata ni adik tah gepren hang"

"Aku dok kat Bukit Pinang . Hang dok kat mana"

"Cuba hampa teka kenapa namanya Bukit Pinang"

dan macam-macam lagi butiran percakapan yang menyucuk telinga.

Saya rasa bukan saya sahaja yang bengang dengan dua minah dan tiga awang ni. Sebab pakcik yang kat tepi saya dok pandang-pandang belakang melihat gelagat huduh budak-budak ni.

Saya nekad nak tegur budak-budak ni kalau feri sampai nanti.

Tak sempat sebab minah-minah ni keluar dahulu.

Kenapa perlu cakap kuat-kuat sesama sendiri? sedangkan kawan-kawan duduk sebelah menyebelah sahaja. Tak pikiaq ka depa orang keliling kelalang nak rehat kepala ka apa ka. Dok dengaq sora depa macam bunyi bzbzbzbzzzzzbzzzzzzz. Hadoi.

Inilah namanya malu. Inilah yang menunjukkan kita ni ada malu ka tarak. Kalau kita malu kita akan jaga suara kita daripada didengari oleh orang lain. Tambahan kita pula muslimah. Malu itu ciri orang beriman.

Bengang saya.

2 comments:

Unknown berkata...

assalamualaikum ina.
kalau kakchik pun mesti bengangnya.
memang kalau dapat teguq depa kan baguih kan.
ramai yang lagu tu, bercakap macam telinga masing-masing tersumbat je.

wnorhaslina berkata...

waalaikumsalam

Kakchik. Suka lah pic baru Kak chik yg ni. :)

Itulah Ina ada tengok bebudak tu. Dengan harapan depa akan slow sembang. Depa perasan Ina tengok tapi depa boleh buat bodoh n continue sembang lebih kuat.

Bengang Ina