Tak pi Pesta Buku 2010


Peminat-peminat buku mestinya tak lepas peluang ke pesta buku di PWTC. Ada jugak yang minat buku tapi tak sanggup nak redah orang ramai tak pa tak pi pesta buku pon. Saya dah dapat peluang sebelum-sebelum ni jadinya takda la rasa kecewa amat sangat. Takpa. Stok buku tak baca lagik pun masih banyak. Buku yang beli kat pesta buku lepas-lepas pun ada yang tak terbaca lagik. Pi pon takpa tak pi pon takpa.

Kebetulan teman sejiwa saya ada kerja di Penang. Kerjanya di kawasan sebelah Queensbay pulak. Apa lagik saya celapak kaki ke Borders lah jawabnya. Dulu zaman dok kat Kl takda rasa nikmat sedasyat ni kalau pi Borders ( boleh pi selalu). Sekarang huu bukan main lagik rasa euphorianya.

Tambah beli buku

Snow- Orhan Parmuk
Buku My Name is Red pemberian Khairul ( member goodreads) pun belum saya baca. Heee. Rasa nak sangat baca buku ni sebab tajuknya.

The Graveyard Book- Neil Gaiman
Tak pernah lagi baca mana-mana bukunya. Teringin la nak cuba. Coraline adalah salah satu daripada buku beliau yang telah di adaptasi kepada filem animasi.

Daisy Miller - Henry James
Ada disebut-sebut dalam buku Reading Lolita inTehran. Rasa nak jugak tahu lebih lanjut apa ceritanya di sebalik nama.

Mrs Dalloway- Virginia Woolf
Selalu baca ulasan dalam blog Sarah tentang penulis kesukaannya tu. Buku Virginia Woolf yang lain seperti A Rooms of one's own , The Waves , To the Lighthouse ,..............

Banyak sangat yang nak belinya. Macam biasa kena ikut bajet. Syukur dapat beli empat buku yang tah bila nak baca ni pun. Kawan-kawan lain bagaimana ? Pi Pesta buku ? Tak ? Beli buku apa dan di mana?

4 comments:

khairul h. berkata...

Memang takde hajat nak pi Pesta Buku KL. Alasan-alasan telah diberi di blog saya. Maleh le. Pi kedai buku biasa lagi best. Hawa dingin, tak ramai sangat orang. Baru le sedap shopping buku.

wnorhaslina berkata...

True nikmat boleh pegang buku dan duduk di tempat yg selesa. Tak perlu kalut- malut. Tenang dan hati manyak senang.

jordan berkata...

wanchu!!! nak pinjam nanti buku neil gaiman tu... hehe... ikah nak p terjah borders ptg japgi~~~muehehe

wnorhaslina berkata...

Ni yg jeles ni... Nak pi jugak huuu. Buku apa Ikah nak beli? Buku Neil Gaiman yang lain pun ada termasuk dalam 50% off tu...