Mak....



Kak Chik tepon tadi. Mak nak cakap-rindu. Aku pun layan.... Mak pernah tinggal dengan aku di sini. Aku seronok dapat tengok mak depan mata , urus makan minum mak dan jadi kawan mak. Kalau dahulu mak yang jaga aku , sekarang masanya aku jaga mak. Tapi mak tak betah tinggal di sini. Mak biasa tinggal di rumah yang ada kawasan tanah untuk bercucuk tanam. Awal pagi mak akan duduk atas buaian depan rumah menghirup udara segar. Bau tanah dan sawah padi itu satu aromaterapi. Kalau zaman punya kudrat kuat mak akan mengayuh basikal ke sana sini.

Lain pula bila duduk dengan aku. Aku tak bagi mak basuh pinggan , baju atau masak . Aku nak mak rehat. Aku nak mak rasa dia dalam percutian. Sebulan di layan begitu mak rasa tak bernafas agaknya. Suasana di sini tak sama. Aku duduk di apartment tingkat 1. Perlu turun tangga untuk keluar. Jiran ? Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Kalau di rumahnya, meski tinggal di taman. Jiran sebelah menyebelah ambil perhatian. Kadang bertukar lauk , bersembang , dan meriah. Mak rindu dengan rumahnya.

Aku menangis masa hantar mak. Aku nak jaga mak. Aku nak mak di sisi aku. Hati mak selalu di rumahnya. Dekat dengan pusara daddy. Bila kita sayangkan seseorang kita mahu dia bahagia. Bila dia bahagia , kita akan bahagia.

Mak tanya bila aku nak balik. Dia nak aku balik cuti sekolah hujung bulan 5. Nak buat kenduri katanya. Insyaallah. Dengan izin Dia aku akan pulang. Aku rindu sama mak. Hu hu.

1 comments:

amer zaman berkata...

ya.

tiapkali sebut saja tentang

bonda

aku sebak.

aku juga mahu bali tolong bonda.