P.S I love you..


Aku saja cari penyakit menonton p.s i love you.. kenapa ?
Dah lama sangat tengok novelnya di POPULAR , MPH , KINOKUNIYA dan kedai-kedai buku lain. Nak beli ? - Aku ada garis panduan kalau mahu membeli buku.
Buku mahal. Harus beli yang kualiti. Kualiti ? yang boleh beri informasi , dipelajari , dan sedap bila baca. Jadi aku tak beli novel p.s i love you. Aku download filemnya bila dah confirm kualiti. Baru dua hari lepas aku download.

Dari mula cerita sampai habis.... aku menangis. Sampai bengkak mata dan pening kepala. Punya lah teruk. Kalau baca quran kan dapat tah berapa banyak pahala. hi hi. Tak tau pulak kalau ini penangan pms. Tapi ceritanya benar mengusik jiwa. Tak ingat apa judul filem sebelum ni yang bisa buat aku meleleh air mata. Kalau buku , adalah baru ni baca Karbala karya Faisal Tehrani. Berjejeran air mata.. hu hu...

Kisahnya tentang Holly kehilangan suaminya. Holly seorang yang memikirkan tentang masa depan. Dia suka merancang. Stress. Suaminya Gerry pula bertentangan sifatnya. Relaks. Gerry meninggal dunia kerana barah otak. Pada hari jadi Holly, Gerry mengirim kek dan perakam suara. Ya Gerry merancang yang isteri kesayangannya akan menerima surat dan surat daripadanya setelah dia pergi. Melalui surat-suratnya Gerry secara tak langsung menggerakkan Holly untuk terus melangkah ke hadapan. Surat bukan sekadar surat cinta yang merapu-merapu tapi sangat bermakna. Gerry mencabar Holly untuk menyanyi di khalayak ramai , memancing , bertemu dengan keluarga Gerry di Ireland , cuba untuk bercinta semula , dan menyedarkan Holly kepada kerjaya impiannya. Cinta Gerry yang tak berbelah bahagi kepada Holly... menyentuh perasaan...

P.s i love you adalah hasil karya Gecilia Ahern. Cecilia menghasilkan karya ini pada usianya 21 tahun. Cemburunya aku... muda-muda sudah berjaya hasilkan novel cinta macam tu.
Tambah best sebab pelakon kesukaan aku Hilary Swank yang berlakon.

Ulang tengok ka lepas ni? hi hi....

0 comments: