Pejabat pelajaran daerah paling lembap.

Semalam ada muka Dato Hishamuddin masuk paper ya. He he he. Masa pemunguman kabinet yang lepas teman yang kerja dalam arena perguruan semua mengharapkan keajaiban. Mintak-mintak Pak Hisham tak jadi Menteri Pelajaran .. Sudahnya jadi jugak . Lalu terpaksalah menjeruk hati selama beberapa lama lagi . Baru ini pulak teman bising kepada aku katanya Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor adalah pejabat pelajaran yang paling lembap di dunia.. he he. Ek teman dah melancung seluruh dunia ke ? he he he

Aku tak pernah tengok teman macam gitu. Dia adalah insan yang paling rileks dan penyabar orangnya . Nampak sangat pihak berkenaan telah bejaya mengaggu gugat kestabilan kesabarannya . Katanya Pejabat Daerah rancang aktiviti peringkat daerah. Bagi sekolah ini jadi tuan rumah dan mintak sekolah berkenaan cari modal sendiri. Ada ka patut ?


Aku patut ulang di sini. PEJABAT DAERAH HULU SELANGOR PUNYA AKTIVITI PERINGKAT DAERAH , SEKOLAH TUAN RUMAH KENA CARI MODAL UNTUK AKTIVI INI. Bukan Pejabat Pelajaran Daerah kena bagi peruntukan ka ? Memandangkan ini adalah aktiviti peringkat daerah. Bila cikgu cikgi lain-lain sekolah dalam satu daerah berjumpa dan berbincang rupanya bukan satu sekolah aja yang kena taik macam segini. MAJORITI SEKOLAH DAERAH HULU SELANGOR kena. Kah kah kah. Heran ya . Mana pi peruntukan daripada Kementerian Pelajaran pusat yang diberi kepada pejabat pelajaran daerah HULU SELANGOR. Dato Hishamuddin canang banyak duit untuk aktiviti pelajaran ya ? Mananya ?? Guru Besar sekolah pun tak puas hati . Dahla sedia maklum kena keluaq duit poket sendiri. PIBG kedekut Haji Bahkil. Tu pun satu hal jugak . ( Nanti aku story mory ) Pejabat daerah pelajaran kata bleh 'claim' nanti. Yo lah tu. Kalu dah claim bila pulak nak dapat duitnya. Sedia maklum buat kerja lembap. Ada cikgu cerita dia punya claim tak tau nak dapat bila . Claim dah sekurun ( nak habaq kata lama sungguh la ) . Kalu masuk pun tah berapa , tak habaq jugak . Kalau dulu ada cheque dak pun daripada pelajaran negeri ada slip kata duit dah masuk. Ni hampeh. Tak bley pakai.

Apa cikgu tak boleh buat apa-apa ka ? Lapor kat pihak atasan ka ? TEman aku mengerut dahi. Aku nak kata apa . Jadi kaunselor takda tauliah dengaq sajalah rintihan teman kesayangan aku. Sabaq... Sabaq tu separuh daripada iman. Aku harap orang kat pejabat pelajaran daerah Hulu Selangor buat lah kerja elok-elok. Takkan nak orang mengadu kat TV3 baru nak kalut. Apa daripada pihak atasan takda pantau ka orang bawah buat kerja macam mana. Jangan dok sibuk benda-benda lain. Cukup masa ingat nak pi breakfast , makan tengahari pastu 5;30 cau sin chi. Pada yang betoi-betoi buat kerja baguihla. Teruskan usaha anda. Pada yang buat kerja suka hati aku , aku pegawai tinggi , jangan dok pikiaq lagu tu. Tu kat ataih tu lagi tinggi. Sekali dia bagi haaa menyesai tak sudah. Hu Hu. Kepada semua cikgu cikgi termasuk guru besaq kat Hulu Selangor dan satu negara. Tak palah janji kita lunaskan tanggungjawab kita. Tuhan bersama-sama orang teraniaya. Doa orang teraniaya ni cepat naik ke langit . Pikir-pikirkanlah. Cewah.

7 comments:

PENGURUSAN AKADEMIK PPD HULU SELANGOR berkata...

Assalamualaikum,

Terima kasih atas posting yang telah diberikan. Walaupun sudah 2 tahun berlalu tetapi kata-kata itu tetap terasa. Benar kata pujangga, lidah itu umpama pedang, sekali menghiris, walaupun diubati, namun parutnya tetap ternampak.

Bukan bersifat defensiv namun ada banyak perkara yang perlu dikongsikan bersama. Bukankah ulamak pernah berkata, tiba pada suatu hari nanti, apabila datang pada kamu orang fasik berkata akan sesuatu, jangan mudah terima semuanya, gunakan akal supaya kita tidak mudah hanyut dibawa hasutan syaitan. Sesungguhnya, iblis itu musuh kita yang nyata.

Memang ada benarnya kata-kata itu tetapi tidak semua boleh ditelan. Menuduh PPD sebagai mengarahkan segalanya adalah benar, tetapi fahamilah bahawa siapa yang perlu diharapkan untuk membantu PPD kalau bukan guru-guru sekolah.

Yang bertanding itu murid-murid, murid-murid itu anak-anak kita. Yang berjaya itu nanti murid-murid kita, yang mendapat nama itu kita, yang mendapat ilmu itu nanti adalah anak murid kita.

PENGURUSAN AKADEMIK PPD HULU SELANGOR berkata...

(Rasanya tidak pernah pula kami mengarahkan sekolah untuk menganjurkan program, mencari modal untuk pertandingan yang melibatkan pegawai di PPD. Yang ada hanyalah murid-murid sekolah aje)

Memang benar semuanya kita kena cari, modal, persiapan... tapi bukankah bergilir dengan sekolah lain setiap tahun. Di tangan PPD adalah wang rakyat yang diamanahkan mengikut lajur yang dibenarkan. Ada program yang diturunkan peruntukan, ada yang tiada... kalau ada, kita berikan, kenapa perlu disimpan kerana setiap yang dibelanjakan akan diaudit. Kalau disimpan wang peruntukan, bukan bijak namanya tetapi akan dikenakan tindakan pada penghujung tahun.

Kalau tiada peruntukan, harapan kami di PPD (yang ada 10 pegawai bagi setiap sektor) sekolah lah yang akan membantu. Tak termampu untuk setiap sektor untuk mencari modal yang berpuluh-puluh jumlahnya saban tahun.

PENGURUSAN AKADEMIK PPD HULU SELANGOR berkata...

Bersabarlah... bantulah dengan seikhlas hati kerana apa yang kita buat, akan menambah ilmu kepada anak murid, mereka praktikkan dan sampaikan kepada rakan-rakan, bukan termasuk dalam 3 perkara yang akan dibawa oleh setiap anak Adam ke alam barzah. Kenapa kita percaya akan janji Allah itu tetapi apabila hendak melaksanakan, kita mudah lupa. Bukankah guru itu jutawan akhirat? Bukankah dunia ini hanya sekadar lintasan untuk kita mengumpul bekalan akhirat? Bukankah akhirat itu nanti tujuan kita? Sahamnya adalah amal kita terhadap pembangunan pendidikan anak-anak kita? Apabila mereka berjaya, ucapan terima kasih itulah pengubat segala kepenatan.

Maaf, andainya saya berprasangka. Apabila claim diulang bicara, fahamlah saya guru yang bagaimana rakan blogger berada. Menuduh Unit Kewangan lembap bekerja, pada saya suatu yang tidak boleh diterima.

Di bahu mereka terletak akauntabiliti kewangan yang sangat tinggi. Sekali lagi dinyatakan, wang itu adalah wang rakyat Malaysia yang diamanahkan melalui belanjawan negara. Bukan mudah untuk mengeluarkan wang rakyat, banyak prosedur kewangan yang perlu dipatuhi. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa siksanya mereka menguruskan kewangan. Sebarang urusan dikawal sacara atas talian. Dengan hanya dua orang pegawai, menguruskan beratus-ratus tuntutan perjalanan yang dihantar dengan pelbagai masalah (bahan bukti tidak mencukupi, salah pengiraan, tuntutan yang tidak masuk akal, tuntutan palsu serta pelbagai karenah) Semua perlu disemak bagi memastikan apabila audit menyemak, tiada sebarang kesalahan berlaku.
Dan yang paling tersangat penting, jangan sampai meluluskan tuntutan yang bukan haknya. Biarlah lambat asalkan kita jangan termakan duit yang bukan hak kita. Bukankah daging yang di dalamnya terdapat wang haram akan menjadi bahan bakar di neraka nanti. Nauzubillah...

Percayalah, Unit Kewangan bekerja dengan berhati-hati kerana mereka tidak mahu dikuiri. Kalau lewat, maknanya peruntukan bagi tempoh itu telahpun habis dan Unit Kewangan terpaksa memohon lagi. Sabarlah, walaupun dua atau tiga bulan lewat, yang pasti setakat ini semua permohonan yang MUNASABAH akan dibayar juga sebelum akaun tahun semasa ditutup. Kita kadang-kadang mudah terlupa bahawa lamabat atau cepatnya tuntutan itu masuk adalah ujian Allah untuk melihat kesabaran manusia. Insya-Allah; kadang-kadang apabila masuk dengan kadar yang banyak kerana tunggakan bagi 2 - 3 bulan. Syukurlah kerana kita masih lagi mempunyai kerajaan yang mampu membayar tuntutan.

Insya-Allah, tiada siapa yang teraniaya. Hanya manusia yang bersabar dan menghormati orang lain akan sentiasa disayangi Allah. Guru saya dulu pernah dan sering berpesan, sentiasa ingat bahawa satu jari yang menunjuk pada orang lain; 4 lagi mengarah kepada kita. Sekuat mana ayam jantan berkokok, ekornya masih bergelumang najisnya sendiri. Jangan mudah berkata selagi mana kita tidak memakai kasut orang itu. Bercakap amat mudah kerana kita hanya mengangkat bibir bawah, menurunkan bibir atas; tetapi mulut tetap satu kerana Allah berikan telinga dua supaya manusia lebih banyak mendengar daripada sedap berkata-kata. (Terima kasih cikgu atas ajaranmu).

Muhasabah diri sendiri, saling meredhoi dan sebagai orang Islam kita dituntut untuk mendoakan kesejahteraan orang lain. Kenapa tidak kita mengangkat tangan berdoa kepada Allah untuk memberikan mereka di PPD kekuatan serta dipermudahkan segala urusan untuk membantu guru-guru di daerah Hulu Selangor. Mereka juga manusia yang mempunyai isteri/suami dan anak yang menanti di rumah.

Sampaikan salam kami pada rakan blogger dan kami doakan agar beliau dirahmati Allah dan menjadi guru yang bertakwa dan ditempatkan di syurga Allah atas doa anak-anak muridnya yang berjaya. Amin!

onnie berkata...

salam..
thn lps sk sy mnjd pengerusi dan tuan rmh utk satu pertndgn akademik di prgkat zon dan daerah...prntkn hadiah disediakan olh phk PPD mnkala perntkn lain2, dr smbgn panitia subjek dr semua sklh di daerah K + smbgn phk sklh tuan rmh...Alhamdullilah, semuanya brjln lancar dgn jayanya....

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum..
Tentang tuntutan kewangan dan sebagainya, saya setuju dengan penjelasan PPD, perbelanjaan mesti mengikut prosedur yang tertentu, bukan boleh belanja sesuka hati.
Walaupun begitu ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian oleh pegawai-pegawai PPD:
1. Buanglah jauh-jauh bahawa bekerja di PPD tu adalah merupakan satu jawatan naik pangkat sehingga pada beberapa acara saya dapat mengesan ucapan-ucapan 'lupa diri' seperti,"saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada guru-guru saya....". Itu bongkak bunyinya, yang bercakap tu, DG41, kadang-kadang DGA32, yang 'guru-guru saya' tu, DG44, DG48.. hahaha.. satu-satunya organisasi di dunia, Sarjan bagi arahan kepada Kapten dan Major atau pun Kopral bagi arahan kepada Inspektor dan ASP. Tahu lah.. kerja kat pejabat airkond, cikgu-cikgu ni, bilik guru kipas pun dah letih berpusing, tetapi kami di sekolah tetap PPPS sama seprti anda semua. Turunkan sedikit suhu ego dan lupa diri tuan-tuan tu.
2. Bila ke sekolah janganlah itu salah, ini salah.. bincang dari hati ke hati, apa yang kurang betul di mata tuan-tuan. Hulu Selangor ni bukanlah luas sangat, kami pun kenal siapa tuan-tuan masa di sekolah dulu, ada yang menangis bila kena pemantauan oleh Ketua Bidang, kerana tidak boleh mengajar, selepas itu dihantar ke PPD, bila datang ke sekolah, mak datuk.. panjang le pulak komennye. Ada yang masa di sekolah, asyik cari kelas tak jumpa je.. bila dah kerja kat PPD, punya banyak komen tentang guru-guru mengajar, kenapa tak guna ABM, boleh menarik minat pelajar...mintalah pinjam ABM yang Tuan buat masa tuan di sekolah dulu.. oleh itu jangan cepat tuduh orang mcm ayam, ekor penuh tahi sebab kita pun sama juga bergelumang tahi di ekornya. Inilah jadinya kalau tidak pilih yang terbaik untuk menjadi contoh di PPD,pemilihan.. kroni. Kalau cikgu kena pindah.. pergi le cikgu, jangan engkar perintah, tapi bila ada pegawai PPD yang kena turun ke sekolah, menangis kat Tuan PPD, tak nak turun, tak ada pulak istilah engkar perintah. Kenapa yang tak hendak turun ke sekolah, hina sangat ke kerja kat sekolah ni?
3. Saya harap, tuan-tuan diberikan amanah untuk mendapatkan maklumat dari JPN dan KPM, sbb itu tuan-tuan diletakkan di PPD, maklumat itu tujuannya untuk dikongsi dengan guru-guru di sekolah, bukan tiket.. aku bos, dengar sini, aku cakap, engkau org dengar. Matlamat kita sama.. demi amanah untuk membentuk murid-murid di sekolah.
Ini pandangan ikhlas, agar PPDHS bertambah baik.. terimalah dengan hati yang terbuka.

yeop24 berkata...

Assalamualaikum...sedang saya tercari-cari no. telefon Unit Kewangan PPDHS, saya dipertemukan dgn blog ini.
Siapalah saya staf sokongan yang tidak berijazah ini untuk memberi komen tentangnya tetapi amat terharu dengan penjelasan oleh saudara PENGURUSAN AKADEMIK PPD HULU SELANGOR. Memang benar, staf sokongan di Unit Kewangan yang berintegriti adalah hero yang tidak pernah didendangkan...
Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat menabur bakti memungut rezeki.

Tanpa Nama berkata...

panggil TV3 nak buat apernye...tak menguntungkan diorang pun. lagi baik diorang buat liputan pasal politik sokong sebelah pihak, burukkan sebelah pihak yang lain... untung-untung dapat sponsor berterusan dari kerajaan.