minyak oh minyak...

Masa balik kampung yang lepaih aku dapat isi minyak rm 60 penuh. Alhamdulillah. Untuk jimatkan duit aku ikut jalan lama. Masuk Tanjung Malim dan keluaq balik kot Simpang Pulai. Redah jam sepnjang jalan nak sampai ke tol Jelapang. Tension2. Aku rasa hari Sabtu lepas adalah hari paling banyak aku buat dosa...

Sepanjang jam aku asyik keluaq perkataan yang tak baik. Ada dua tiga kali hampir eksiden. Sakit jantung aku. Tak leh rasa nak gambarkan perasaan aku masa tu. Ambil pelajaran lain kali jangan balik hari Sabtu kalau tak mau cepat dapat sakit jantung.

Aku dapat sms daripada Kak Chik kata minyak naik esok. Aku pun apalagi serbu stesen minyak. Hampir semua stesen dah penuh. Aku pi Stadium tengok Stesen Caltex kiu kereta panjang nak mampos. Stesen Petronas plak kiu belum tahap panjang.. Apalagi serbu... Dapatlah buh penuh minyak kereta,itupun setelah menunggu 30 minit. Haru biru aih.

Kalau dulu time tengah kering buleh buh minyak rm 5 hinggit. Sekarang jangan mimpilah. Aku rajin buh Rm 10 hinggit dapat 5 litre. Sekarang Rm15 baru leh dapat. Harga minyak sekarang RM 2.70. Apa PM kata tugh dah kira morah.. ?!"!!""£!£"£$"£$"$%$

Tukaq pakai ngv. Tak boleh selesai masalah pada tahun 2010 dijangka sumbernya akan habis. Apa lagi 4 tahun kita dah tak dapat subsidi minyak ? !!""£££$$%$%^%^&^. Tahun 2012 kita akan mengalami krisis minyak. Sebab minyak yang ada kat negara kita akan bekurangan.

Kerja dok banding harga minyak kita dengan negara orang buat apa ?
Orang orang lah kita kita. Aku bukan apa nak kecoh-kecoh. Rasa sedih la dengan apa yang berlaku hari ini. Mintak naik gaji kata nanti barang akan naik. Sekarang gaji tak naik.. Barang tetap naik.. Kata minyak tak akan naik sampai bulan Ogos. Alih-alih naik bulan Jun. Cakap apa tak tau. Tak buleh pakai langsung.

Kesian pada orang yang anak-anak ramai. Kesian kat orang miskin. Ini yang kata orang miskin bertambah miskin. Orang kaya bertambah kaya.
Sesungguhnya doa-doa orang teraniaya tak ada hijab terus menerus sampai kepada Allah. Maka gunalah senjata kita orang mukmin.. Berdoalah kita..


2 comments:

amer zaman berkata...

erm...kita guna kuda la..senang..

takyah road tax, minyak..
kurang eksiden lak tu,,,

wnorhaslina berkata...

Yalah Amer kalau boleh.. dah lama dah buat yer.. he he.