Sukanya dia episod 2

Saya baca tentang sale Big Bad Wolf dalam goodreads. Bookexcess adakan sale buku yang dasat. Mana buku yang harga puluhan ringgit boleh dapat dengan belasan ringgit. Rasa nak aja terbang ke sana sekarang jugak. Masa tu hari Jumaat ( 15 .5. 2009 ). Ya boleh terbang malam nanti dalam mimpi.

Nak mintak tolong siapa la tolong beli buku di sana ? Anak saudara saya Cik Nabila masih bercuti balik kampung di Sungai Petani. Saya mintak tolong Teman daripada Goodreads. Alah kalu tak boleh pun tak pa sekurang-kurangnya saya bertanya ya. Kalau sudi tolong. Haha. Nasib saya sangat baik bila Teman sanggup membantu. Yea !

Saya senaraikan beberapa buku. Saya tidak berani mengharap. Mana tahu buku-bukunya sudah habis. Maklumlah namanya pun sale. Teman sudi membantu pun sudah buat saya punya hati berbunga violet dah.

Hari Isnin ( 19 .5 .2009 ) dalam pukul 4 pintu rumah saya diketuk bagai nak pecah lagi. Pak posmen lah tu , katanya dia ada datang tengah hari tadi. Kali ini dia tidak telipon sebab tak ada nombor telipon saya tercatat atas kiriman tersebut. Saya belum pernah jumpa Pak posmen yang rajin sanggup telipon pengirim semata-mata nak serah kiriman hari ini jugak. Namanya pun pos ekspress. Yang tak best part dia ketuk pintu kuat-kuat ja. Haha.

Saya meloncat-loncat lepas tutup pintu rumah. Macam Haris bila saya buatkan susu botol untuknya.

Dalam dua kiriman itu ada....








































Punyalah seronok tak terkata-kata. Semua tajuk yang saya senaraikan Teman penuhi.Terima kasih pada Teman di atas kesudiannya membantu dan memberi. Saya nak sebut namanya di sini tapi belum minta izin pada empunya diri. Saya teramatlah suka pada hari ini. Haha. Tak tahu nak mula dengan yang mana satu. Saya kira semuanya best-best belaka. Akan saya kongsikan dalam entri - entri yang akan datang.


:)

9 comments:

mudin001 berkata...

Saya ada tiga daripada buku di atas.
1. My Name is Red (sedang baca)
2. Mister Pip (belum baca)
3. The Last Lecture (belum baca)

:)

Unknown berkata...

Alahai... kakchik terlepas lagi nampaknya. Dok plan dah nak pegi. Suka Sale kat Bookexcess tu. Harga buku baru dia mmg murah sangat. Nanti ke KL Jun ni kakchik plan nak singgah kat situ

wnorhaslina berkata...

Mudim
best dak my name is Red tu?

Kakchik
Ina pun nak p jugak nanti bookexcess. Insyaallah cuti sekolah nanti. Mana tahu terserempak ka. Hehe.

mudin001 berkata...

Saya kena habiskan dulu, baru boleh cakap best ke tidak. :)

Tini berkata...

saya minat juga nak dapatkan buku untuk anak2.

amer zaman berkata...

erm..bookexcess tu kat mana ya?

my name is red tu cambest jer...
nanti review ea?

Sofira berkata...

salam ziarah.

wnorhaslina berkata...

Tini dan Amir

Boleh dapatkan buku-buku yang murah Bookexcess di armcorp mall.

:)

Tanpa Nama berkata...

waahh..ade terry pratchett ke?saya pun pegi jugak mase last day, tapi jenuh la nak cari buku..die cume asingkan non-fiction, fiction, children je..dah la saya pegi mase lunch hour, terlajak gak la setengah jam..heheh..murah gile buku2nya..semua 7 buku yg saya beli berharga RM8..tapi tak puas..