Honest skrap-maap lewat

Salam Jumaat ,




Saya di tag oleh Kak Chik daripada Kak Chik's wardrobe. Maap Kak Chik Ina lambat jawabnya. Ampun.

10 perkara benar tentang saya....

1. Masa kecik-kecik saya tak boleh naik kenderaan yang ada aircond. Kesannya saya akan pening kepala dan muntah. Arwah daddy terpaksa beli ubat cegah muntah tiapkali kami naik bas balik kampung. Masa umur 11 ada sekali trip arwah daddy kata ubat cegah muntah sudah habis . Bolehkah saya tahan. Saya kata boleh. Dan start daripada itu saya berjaya tak wek dan pening dalam kenderaan beraircond. Bagaimana jadi begitu ? Terima kasih dengan arwah daddy yg selalu aja berjaya dengan teknik psikologinya.

2. Selalu membayangkan saya memakai purdah seperti Kak Chik dan Kak Yong. Sayang tidak berniqab / berpurdah lebih awal. HUHu.

3. Suka sekali makan. Dahulu kini dan selamanya. Selamat tinggal plan untuk diet.

4. Very hommy person. Suka duduk kat rumah. Rumahku syurgaku. Tak boleh nak berlama-lama di rumah orang atau tempat orang. Mesti jadi home sick. Pernah dahulu ketika belajar di Melaka. Pantang lepa cuti saya pasti balik rumah di Aloq Setaq. Kalau boleh hujung minggu nak balik jugak. Tapi tak daya la dengan duit...duit..duit...

5. Dahulu saya suka sekali berjalan kaki ke mana-mana. Waktu itu saya benci sungguh naik bas kawasan jln Datok Kumbaq. Hanya satu jam sekali masuk dan masanya tak menentu. Saya akan berjalan kaki ke pekan. Jauh boleh tahan tapi sudah biasa. Semenjak berkereta saya jadi pemalas jalan kaki. Huhu tak heran la kalu badan naik bagai dipam-pam ya.

6. Koleksi buku saya macam-macam ada. Saya kalau suka satu-satu penulis tu saya sanggup beli novel-novel penulis berkenaan untuk buat koleksi. Jenis setia. Sama gaks kalau suka beli kat satu-satu kedai tugh. Mesti akan beli di kedai yang itu jugak.

7. Nak sangat sambung belajar pendidikan awal kanak-kanak. DECE. Belum ada rejeki. Simpan sahaja dalam hati. Sampai masanya akan datang jugak ya.

8. Saya tak punya mak-mak saudara yang best. Jadi saya berazam untuk menjadi mak saudara yang bagus untuk anak-anak saudara saya. Hampir semuanya membesar di depan mata saya.
( ada 27 anak saudara )

9. Saya tak pernah mention tentang ini sebelum-sebelum ini. Teman sejiwa yang saya selalu sebut-sebut dalam blog ini adalah suami saya. Tak lain dan tak bukan iaitu Ence Hafiz bin Sulaiman.

10. Sangat sukakan anak-anak. Teringin sekali punya anak ramai seperti kak yong ada 11 anak. Meskipon Kak Yong sendiri bagi nasihat. Tak yah la banyak-banyak 2 , 3 orang pun dah cukup wei . Letih makcik nak layan kerenah macam-macam. Buat masa ini anak-anak saudara umpama anak-anak saya jugak. Belum rezeki dapat anak sendiri. Doa-doakanlah ya teman-teman.


Tak tahu nak tag sapa pulaks. Nanti-nantilah tag org lain. :D

0 comments: