Rahsia ummi dan maaf dari sorga

Sudah lama menunggu-nunggu dua novel ini untuk saya miliki dan baca. Alhamdulillah sudah di cetak semula Rahsia Ummi dan Maaf dari sorga. Saya beli kedua-dua novel ini di POPULAR.




Rahsia Ummi .

Ada apa pada nama ? Syed dan Syarifah. Faisal Tehrani menulis tentang cinta antara dua darjat. Kata saudara FT ini novel misteri seperti Cinta Fansuri tulisan Sasterawan negara A Samad Said. Hem misterinya Rahsia Ummi saya dapat fahami sekali baca. Kalau Cinta Fansuri tak bisa sekali baca , untuk faham. Berbalik kepada Rahsia Ummi. Kisah cinta dua hati yang terpisah . Hanya kerana nama dan nasab keturunan. Faezah dan Syed Hassan cinta pertama yang menyakitkan jiwa ? Faezah punya anak bernama Sharifah Aini . Nama yang diambil sempena nama penyanyi , Kak Pah. Sharifah Aini kemudiannya bertemu pulak dengan Syed Hairi , anaknya Syed Hassan. Boleh ka dua orang ni bercinta dan bersama? Setelah sekian lama dipisahkan waktu dapat kah Faezah bertemu semula dengan kasih hatinya Syed Hassan ? Apa yang misterinya ?
Pada jalan ceritanya kah? Pada tahi lalat Faezah ? hahaha.





Maaf Dari Sorga

Saya sangkakan novel ini cerita tentang hantu rumah berhantu. Nyata saya salah. Hakiki dan Sarah pasangan suami isteri yang baru pindah masuk rumah no 33 di Jln Kelana Jaya. Hakiki lepasan ijazah daripada universiti luar negara. Kampung halamannya di Kota Bharu , Kelantan . Sarah pula memeluk agama Islam kerana ingin berkahwin dengan Hakiki. Sarah tinggalkan Australia semata-mata ingin bersama suaminya di Malaysia. Pasangan ini sering diganggu oleh sesuatu didalam rumah mereka. Tapi siapa dan kenapa?
Hakiki seorang Islam tetapi minum arak sekali sekala .
Sarah pula tidak tahu solat dan asas agama Islam. Hidupnya rasa kosong lantaran suami asyik sibuk dengan urusan kerja. FT cuba untuk menyampaikan cerita yang benar. Cerita ini memang berlaku pada hari ini . Cuma nama dan rumahnya yang lain. Namanya Islam , gaya hidupnya tidak mencerminkan Islam. Kenapa jadi begini ? Apa cerita disebaliknya?
Bayangan seram yang mengganggu mereka ini adakah gangguan syaitan atau peringatan ?
Novelnya nipis pasti boleh habiskan dalam masa sehari.

3 comments:

Welma La'anda berkata...

salam,

ooo maaf dari sorga tu bukan cerita hantu ya. saya pun ingatkan sebegitu.insyaAllah akan dibelilah buku ini jikalau demikian ceritanya. ;)

Unknown berkata...

salam alaikum ina.

menariknya kedua-dua buah buku ni. kakchik harus mencarinya di popular selepas ni. harus baca.

wnorhaslina berkata...

Wasalam

Welma n Kak Chik. Selamat membaca rahsia ummi dan maaf dari sorga.

:D