GLAM lelaki no 5



Wajah M.Nasir menghiasi kulit hadapan GLAM no.5. Ya ini adalah kali pertama saya membeli majalah GLAM. Majalah GLAM lelaki pulak tu. Apalah yang saya cari dalam sebuah majalah fesyen lelaki ?

Kalau di sini tak banyak lelaki-lelaki bergaya yang boleh selalu kita lihat. Kalau ada pun yang biasa-biasa sahaja. Lain kalau di Kuala Lumpur. Di mana-mana sahaja kita berada , dapat kita lihat lelaki -lelaki yang sangat bergaya. Apa uber ? metro ? dan sebagainya.

Kembali kepada kenapa ? Kenapa saya sanggup pejam mata membeli GLAM yang berharga RM10 ni ? Jatuh cinta pada muka depannya kah ? Saya ini peminat fanatik M. Nasir ya ?

Hem.

Ini semua gara-gara baca entri Faisal Tehrani dalam blognya yang memaklumkan wajahnya masuk GLAM no.5 dan ada Pak Samad juga. Saya pantang jumpa apa sahaja tulisan tentang Pak Samad. Saya minat semuanya tentang beliau. Pernah berjumpa dengan beliau di Pesta Buku 2008 PWTC. Saya jadi kelu.



Bila ingat semula. Saya jadi membara minat kepada kedua-dua penulis ini adalah melalui majalah Eh! Kala itu Kak Wirda Adnan menjadi editornya. Saya jadi pengikut Eh! yang setia. Tambah pula pernah dapat hadiah jam SWATCH berharga RM2++. Banyak tulisan Faisal Tehrani dalam Eh! Melalui novel bersirinya dan bicara lelaki. Kak Wirda banyak menyebut tentang Pak Samad dalam tulisannya. Dan bila Kak Wirda berpindah ke GLAM. Eh! hilang serinya. Saya pun berhenti membeli Eh!

Bagi lelaki yang minat sangat tentang fesyen . Saya kira GLAM adalah majalah yang sesuai untuk anda.

Saya ? Saya hanya membeli GLAM kali ini kerana ada insan-insan yang saya minati.

3 comments:

Peesha berkata...

To digress a little ... saya rasa Wirda memang editor yg bagus .. dulu, masa dia jadi editor di WANITA, saya rasa majalah tu the best ... dgn isu yg diutarakan dan catatan pengarangnya ...

Dan, dulu suka juga beli GLAM sbb suka baca apa yang Wirda tulis ... tp lepas tu rasa macam tak kena sbb saya bukan seorang yg suka benar berfashion ...

Yang GLAM Lelaki ni tak terjumpa plak .. maklumlah, kat tmpt saya majalah macam GLAM ni limited sekali jumlah yg dijual :(

wnorhaslina berkata...

Ya GLAM majalah fesyen kalau ada tulisan pun tak banyak. Sehelai , dua tiga empat.

Tapi masa Kak Wirda terajui Eh! Banyak ruang untuk penulis. Majalah fesyen yang unik. Worth duit membelinya. Itu dahulu lah.

Peesha tinggal kat mana ?

Peesha berkata...

Pn. Wan:
Saya tinggal di negeri Penyu yang satu daerahnya kini hampir tenggelam dilanda banjir :(