Kerajaan Islam Spanyol..serupakah nasib kita?


Selesai membaca Rindu Andalusia karya Radwa Ashour hati terasa memmbuak-buak jadi ingin tahu sejarah tanah Andalusia. Saya ditemukan dengan buku Kerajaan Islam Spanyol di Pustaka Darul Salam.

Siapa yang menyebarkan agama Islam di bumi Sepanyol? Tak lain dan tak bukan lah pahlawan terbilang kita Tariq bin Ziad dan Musa bin Nusair. Betapa bangganya kita sebagai umat Islam dengan kejayaan pahlawan-pahlawan ketika itu dan betapa terkejut beruk penguasa Sepanyol yang zalim. Tariq hanya membawa tentera yang kecil jumlahnya berbanding puluhan ribu tentera kafir. Benar kekuatan kita bukan pada jumlah bala tentera tetapi kepada kekuatan iman. Tariq dan Musa bin Nusair punya tujuan yang sama mahu mengembangkan agama dan jihad.

Selepas kedua pemimpin hebat ini bumi Sepanyol diurus oleh pemimpin-pemimpin yang bersilih ganti. Ada yang hebat , warak , cintakan ilmu dan melaksanakan tangungjawab dengan sebaik mungkin. Ada yang mengambil Islam secara separuh-separuh. Dan ada pemimpin yang membelakangi Quran dan sunah. Subhanallah. Kedamaian bumi Spanyol ada turun dan naiknya. Mengikut pemimpin yang meneraju negara.

Rasa sakit hati bila sampai bahagian pemimpin yang menjual maruah agama bersekongkol dengan pemimpin Kristian. Setiap kali diserang tentera kafir pemimpin Islam Spanyol pun terhegeh-hegeh meminta bantuan kerajaan Islam di Magribi. Sedangkan depa yang salah sebab berperang sesama Islam. Berkelahi untuk berkuasa dan mengumpul harta. Yang menjadia mangsa adalah rakyat jelata.

Paling sedih kerana kerakusan pemimpin seperti Abu Abdillah dan pengikut-pengikutnya akidah rakyat tergadai. Semua rakyat Spanyol yang beragama Islam dimurtadkan. Sesiapa yang tetap menjalankan kewajipan sebagai orang Islam akan diseksa atau dibunuh. Segala kitab-kitab ilmu dibakar dan diambil lalu disimpan di tempat mereka sebagai rujukan mereka pula.

Membaca Rindu Andalusia adalah cerita dari sisi sebuah keluarga yang hidup pada zaman kejatuhan Islam di Spanyol.
Buku Kerajaan Islam Spanyol..serupakah nasib kita pula menerangkan kepada kita dari sisi sejarah. Apa yang kita dapat pelajari daripada kesilapan-kesilapan oleh mereka yang terdahulu? Saat rakyat Granada sangat mengharapkan bantuan daripada kerajaan Islam yang lain mereka dihampakan. Dengan mudah maruah pemimpin yang bernama Islam dibeli oleh Fernando dan Isabella. Apa bezanya yang berlaku kepada negara Palestin hari ini. Kita mengulang sejarah.. mengulang sejarah lagi dan lagi..Sejarah cuma tercatat pada kertas dan tiada makna bagi yang tidak mahu belajar.

1 comments:

Ariko D' Hagana berkata...

Assalmu'alikum..,


Terima kasih atas Share nya,
Saya selalu Kagum dengan Perjuangan Berlandaskan Iman Islam yang di Contohkan banyak Pemimpin dan Umat disepanjang sejarah Islam yang membawa Kejayaan serta Kesejahteraan bukan hanya untuk Umat Islam tapi bagi seluruh umat :).

Sayapun sedang mencari buku ini di Jakarta Indonesia.

Teriring Salam dari Saudara Seiman Serumpun,
Happy Blogging & Keep Sharing